|
|
|

|
|
Edisi
Rabu 23 Oktober 2002
|
|
JPS rendah
diri |
|
JPS
yang hampir tenggelam akibat kegagalan musim lalu bangkit di saat akhir
untuk memberi amaran awal buat pasukan Perdana II musim depan
lebih-lebih lagi SKMK dan TNB Kelantan apabila melayakkan diri ke
pertandingan akhir Piala FAM Ahad ini. Jauh dari ramalan awal, JPS yang
kami hubungi langsung tidak menunjukkan sikap ego malah seakan tidak
selesa dengan panggilan kami. Setiausahanya langsung tidak berani
memberikan sebarang ulasan kerana bimbang diekploitasi terus
menyambungkan talian kepada pengurus pasukan, Mohd Idris Jaafar. Berbeza
dengan pengurus lain Mohd Jaafar lebih senang kalau saya tidak
bertanyakan nama-nama pemian baru yang berada dalam perancangan mereka.
Malah mereka menolak apabila dikaitkan dengan Saifulnizam atau Hashim
Mustafa. Watak-watak veteran seperti Halim Napi, Zulkifli Abdullah,
Baharuddin Ghazali, Kamaruddin Husin dan Tengku Ismail merupakan nadi
pasukan dan soal gaji atau kontrak bukan lagi soal pokok namun semangat
dan minat mengatasi segalanya.
|
Kehadiran
mereka digabungkan dengan tonggak muda termasuk beberapa nama dari skuad
Piala Presiden seperti Mohd Dahrul Safizul Aziz, Mohd Zawardi, Tengku
Zamri, Wan Amran serta Shukri Ghazali. Kita hampir tiada bintang tapi
lihatlah apa yang mereka lakukan; inilah semangat yang mengatasi wang
ringgit. Setiap petang JPS akan menggunakan samada padang Sekolah Ahmad
Maher atau Padang Banggol sebagai tempat latihan. Ditanya apakah hadiah
jika jadi juara. Seperti biasa " Bonus ada tapi nilainya tetap akan
dirahsiakan. Kita tak mahu pemain jadi pengejar duit. "Lepas ni ada
apa-apa rancangan? Setakat ini kita belum fikirkan tapi insyallah lepas
Hariraya nanti. Lagi sekali saya nak tanya siapa yang berada dalam
senarai tahun depan saudara. Nama besar pastinga milik bekas pemain
Kelantan Sidek Shamsuddin sebagai jurulatih musim ini dibantu oleh
Ismail Chawalit. Pegawai lain adalah Penolong Pengurus (Nik Razizi) dan
Setiausaha Mohd Rozi Mohamad.
|
|
Edisi
Sabtu 12 Oktober 2002
|
|
Releks
bersama Joe |
|
Musim
ini bolehlah dianggap musim yang serba tidak menjadi buat Kelantan ,baik
kegagalan skuad Kijang dalam kempen Piala Malaysia dan juga kegagalan
pasukan- pasukan kelab Kelantan dalam Perdana 2. Selain dari Kelantan
sebuah lagi pasukan dari pantai Timur iaitu Trenganu Juara Piala
Malaysia musim lalu mengalami nasib yang sama tersingkir pada pusingan
awal kecuali Pahang yang masih bernafas untuk kepusingan seterusnya.
Berbanding dengan Kelantan yang terpaksa membina semula pasukan pada
awal musim, Trengganu yang mengekalkan hampir kesemua pemain musim lepas
telah gagal mempamirkan aksi yang konsisten dengan para pemainnya
bermain dibawah tahap sebenar mereka, baik dalam Liga Perdana atau Piala
Malaysia. Kegagalan Kelantan ataupun Trengganu menunjukkan persaingan
dalam Liga Perdana semakin kompetatif dengan kemasukan pemain import
serta keupayan pasukan kelab memancing pemain yang berpengalaman.
Agak luar biasa juga walaupun prestasi pasukan Trengganu bergitu merosot
beberapa pemain mereka telah terpilih untuk mewakili negara ke Sukan
Asia dan hampir 70% pemain yang terpilih terdiri daripada pemain pasukan
negeri yang tidak menunjukkan mutu persembahan yang baik dalam liga
Perdana atau Piala Malaysia. Berdasarkan keputusan perlawanan bola sepak
Sukan Asia di Busan telah membuktikan keupayaan pemain Malaysia masih
lagi jauh berbanding dengan lain-lain negara Asia apatah lagi untuk
menyaingi Korea atau Jepun. Dalam persaingan Liga Perdana musim ini ,
Cuma Kelantan dan N. Sembilan sahaja yang menggunakan hampir 80% tenaga
pemain muda yang ternyata tidak memberi kelebihan tetapi merupakan satu
pendedahan yang cukup baik walaupun tidak wajar dalam kempen bola sepak
yang penting . Kelantan dan N. Sembilan juga merupakan negeri yang
paling tinggi kehilangan pemain senior yang berpengalaman kepada pasukan
lain. Kelantan sepatutnya mempunyai 3 pasukan untuk beraksi dalam
Perdana 2 tetapi masalah kewangan JKR telah menyebabkan Cuma 2 pasukan
yang layak beraksi. TNB walaupun berstatus kelab tetapi dianggap elit
dalam Perdana 2 dengan memiliki barisan pemain yang mantap dan
berpengalaman disegenap bahagian dengan SKMK rata-ratanya dibarisi oleh
para pemain ‘back-up’ skuad Piala Presiden dan Kijang . Pretasi
keseluruhan kedua-dua pasukan ini tidak jauh beza, masing-masing berada
ditangga ke 9 dan 10 Perdana 2 satu percapaian yang boleh dianggap baik
buat pasukan ‘norvice’ seperti SKMK tetapi tidak buat TNB dengan
kedua-dua pasukan terikat pada 21 mata.
|
Kegagalan
TNB dikaitkan dengan kegagalan para pemain untuk bertindak sebagai
sebuah pasukan serta kegagalan jurulatih membentuk adunan yang baik dari
pemain pelbagai negeri. Gabungan antara pemain SKMK dan TNB serta skuad
utama Kijang dalam kempen Piala Emas juga tidak membuahkan hasil
sebagaimana yang diharapkan tetapi ianya merupakan satu langkah yang
amat baik bagi mencari pemain yang berpotensi untuk musim depan. Bola
sepak merupakan satu sukan yang mengutamakan semangat dan kerjasama
berpasukan tetapi biasanya seorang pemain berpengaruh boleh mengubah
keadaan permainan diatas padang. Setiap pasukan baik negara atau kelab
mempunyai seorang pemain ternama yang memimpin para pemain ditengah
padang seperti Bekham bagi skaud England dan Zidane bagi Perancis.
Ketiadaan mereka dipadang boleh merencatkan percaturan jurulatih serta
memberi kesan psikologi yang besar terhadap pasukan lawan. Bagi
skuad Kijang , Kamree dianggap pemain senior yang mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap para pemain , ketiadaannya akibat kecederaan
menyebabkan prestasi Kijang juga turut tidak menentu. Sebagai ketua
pasukan Kijang , Kamree terkenal dengan sikap tegas diatas padang dan
sentiasa mengekalkan disiplin permainan yang tinggi. Belum dapat
dipastikan status Kamree dimusim depan depan tetapi skuad Kijang amat
memerlukan seorang pemain senior yang mempunyai pengaruh diatas padang
dengan Zami merupakan satu calon yang amat sesuai skiranya beliau
berminat untuk terus kekal dengan pasukan Kijang setelah dipinjamkan
dalam kempen Piala Malaysia. Zami walaupun sudah berumur tetapi
sentuhannya serta pengalamannya dan keupayaan mencipta gadingan yang
mantap dalam masa yang singkat dengan para pemain Kijang merupakan satu
petanda yang baik . Zami juga seperti Kamree dihormati oleh para pemain
lain kerana pengalaman serta keupayaan mencipta jaringan. Kedua-dua
pemain ini mampu membimbing para pemain muda skuad Kijang di atas padang
dan juga mampu mengubah corak permainan dipadang tanpa terlalu terikat
dengan taktikal dan arahan jurulatih. Pemain senior juga boleh
mempertingkatkan keupayaan mental dan membimbing para pemain muda untuk
menyerap tekanan dalam perlawanan yang penting. Para peminat
mengharapkan wujudnya perubahan yang besar dalam pemilihan pemain untuk
skuad musim depan dengan gabungan antara pemain muda dan senior.
|
|
Edisi
Selasa 08 Oktober 2002
|
|
Borang Futsal
di sini! |
|
TARIKH
|
27
OKTOBER 2002
|
|
MASA
|
8
PAGI HINGGA 6 PETANG
|
|
HARI
|
AHAD
|
|
TEMPAT
|
SEKSYEN
11 SHAH ALAM
|
|
JUMLAH
PENDAFTARAN PEMAIN
|
7
|
|
BAYARAN
SATU PASUKAN
|
RM70
|
|
HADIAH
JOHAN
|
RM300
|
|
HADIAH
NAIB JOHAN
|
RM200
|
|
TEMPAT
1 HINGGA 4
|
CENDERAHATI
DARI KAMI
|
|
JUMLAH
PASUKAN
|
24
|
|
TARIKH
TUTUP
|
SIAPA
CEPAT DIA DAPAT
|
|
|
|
Komen
Joe mengenai harapannya terhadap pasukan Kelantan di masa hadapan
|
|
Skuad
Kijang boleh dianggap satu pasukan yang paling unik dalam bola sepak
Malaysia kerana berkeupayaan melahirkan para pemain dan jurulatih yang
berbakat serta mengungguli kejohanan peringkat umur tetapi gagal untuk
mencipta nama dalam kejohanan yang besar kecuali menjurai Perdana 2.
Kejayaan yang terbesar pernah dinikmati oleh skuad Kijang adalah naib
juara Piala Malaysia pada era 70an yang gagal disaingi sehingga ke hari
ini. Langkah FAM yang mula mengurangkan peruntukan geran tahunan pada
musim yang akan datang akibat sekatan terhadap tajaan syarikat rokok
akan memberi kesan kepada pasukan negeri-negeri dalam membina sebuah
skuad yang mantap. Skuad negeri kini tidak lagi boleh bergantung kepada
geran tahunan yang besar dari FAM bagi menampung pembiayaan pasukan
negeri dan pembangunan bola sepak peringkat negeri . Prestasi pasukan
akan menjadi penentu untuk menarik tajaan serta peminat bagi mengunjungi
stadium sebagi sumber utama kewangan . Tindakan FAM tersebut akan
membebaskan skuad negeri-negeri bagi mendapatkan sendiri sumber kewangan
mereka disamping untuk menjadikan skuad negeri-negeri lebih berdikari.
Bola sepak kini telah menjadi satu industri yang bernilai berbillion
euro di negara Eropah dan bukan lagi sekadar riadah hujung minggu selain
dari satu kaedah untuk mempromosikan negara di mata dunia .
Pasukan negeri seharusnya mempelajari pendekatan dan kaedah yang diguna
pakai oleh pasukan kelab utama seperti Liverpool dan MU dalam membina
pasukan yang mantap dan konsisten serta berupaya mengaut keuntungan yang
lumayan pada setiap musim. Pasukan utama seperti Selangor dan Perak
barangkali tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan tajaan yang besar
dan barangkali juga satu peluang untuk mendapatkan hak tajaan yang lebih
besar berbanding dengan geran FAM. Kelonggaran untuk mencari hak tajaan
merupakan satu keuntungan kepada pasukan utama tetapi merupakan satu
masalah besar kepada skuad negeri yang prestasinya tidak menentu seperti
Kijang. Pasukan Kijang tentunya boleh bergantung ihsan kepada para tokoh
korperat anak Kelantan untuk menaja pasukan kerana sentiment kenegerian
tetapi prestasi diatas padang mestilah diutamakan. Langkah FAM
barangkali akan mengubah pendekatan pasukan negeri dalam menguruskan
pasukan secara lebih kemas dan lebih bertanggungjawab. Para
pemain kini telah menjadi satu asset penting kepada pasukan untuk meraih
sokongan peminat selain mencipta kemenangan diatas padang. Pemain yang
mempunyai bakat serta karisma dipadang pasti akan menjadi tumpuan utama
kepada skuad negeri-negeri untuk bersama dengan skuad mereka. Pasukan
Kijang seharusnya mengambil langkah awal dengan menawarkan kontrak
kepada pemain utama Kijang musim ini agar masalah kehilangan pemain
tonggak seperti musim lalu tidak berulang. Kijang
telah kehilangan ramai pemain berbakat kepada pasukan lain tanpa apa-apa
imbalan kepada pihak KAFA , satu keadaan yang menimbulkan kerugian yang
besar kepada kewangan dan skuad negeri .
Di
Malaysia ,para pemain adalah bebas untuk memilih pasukan lain tanpa
apa-apa sekatan berbanding dengan negara Eropah sehinggalah peraturan
Bossman diperkenalkan. Peraturan Bossman yang diamalkan oleh negara
Eropah telah membenarkan pemain berhijrah setelah tamat kontrak tanpa
perlu membayar apa-apa yuran perpindahan kepada pasukan asal memberi
kelebihan kepada pemain tetapi tidak kepada kelab asal mereka. Kaedah
yang sama juga diamalkan di Malaysia dimana pemain bebas untuk memilih
mana-mana pasukan setelah tamat kontrak mereka telah menyaksikan Kijang
berputih mata saban tahun . Kedaan ini berpunca daripada amalan kontrak
jangka pendek yang ditentukan antara pemain dan pasukan sehingga
merugikan pasukan sendiri . Pertelingkahan sekiranya ada antara pemain
dan pasukan akan ditentukan oleh pihak FAM tetapi biasanya kedua-dua
pihak akan mengambil langkah berdiam diri sahaja. Persaingan untuk
mendapatkan pemain dan jurulatih yang berkualiti dijangkakan akan lebih
sengit bukan sahaja akan membabitkan pasukan negeri tetapi pasukan kelab
juga. Pemain kini mempunyai kuasa tawar menawar yang lebih tetapi mereka
mestilah juga mengutamakan semangat berpasukan serta disiplin .
Kemantapan sumber kewangan disamping insentif tambahan akan menjadi
factor utama dalam menarik dan mimilih pemain untuk menganggotai
mana-mana pasukan kelab atau negeri. Kijang juga seharusnya merangka
kaedah jangka panjang untuk para pemain senior supaya terus kekal
bersama skuad melalui program kejurulatihan selain menawarkan lain-lain
kemudahan pribadi. Ramai pemain-pemain yang pernah mencipta nama tetapi
masih mempunyai tempat dihati peminat seperti Hashim Mustapha telah
terabai walaupun mereka boleh memberi sumbangan dalam aspek
kejurulatihan dan motivati pemain.Berbeza dengan negara Eropah , England
misalnya , kita menyaksikan ramai Jurulatih (pengurus pasukan) terdiri
dari bekas pemain seperti Kevin Keegan dan Glen Hoddle . Selain para
pemain yang menjadi produks utama pasukan , produks sampingan seperti
jersey dan lain-lain cendera mata juga merupakan satu lagi factor
penyumbang kepada kantung skuad. Oleh itu produks tersebut mestilah
mempunyai nilai komersial dan bermutu .Pihak pengurusan Kijang juga
perlu mengubah pendekatan mereka untuk menarik sokongan para peminat
dengan merangka satu program khusus bagi para peminat . Pihak pengurusan
juga seharusnya membantu mana-mana kelab peminat yang ditubuhkan dari
segi moral atau lain-lain kemudahan yang dalam bidang kuasa dan
tanggungjawab mereka walaupun tidak dari segi kewangan .Kita tidak mahu
masalah kewangan yang melanda saban tahun akan kembali berulang
seolah-olah tiada langkah bagi menangani masalah tersebut dan ianya
pasti akan menjadi lebih parah tanpa sumbangan dari FAM . Tidak mustahil
jika sekiranya peristiwa malang yang melanda skuad JKR Kelantan akan
berulang kepada skuad utama Kijang jika sekiranya satu langkah
konklusif tidak diambil oleh pihak pengurusan mulai sekarang . Kijang
you’ll never walk alone !
|
|
Edisi
Sabtu 21 September 2002
|
|
Yakin Boleh! |
|
Hardi
Ahmad, penyerang dari skuad utama Kelantan yang sentiasa berlari ke
segenap penjuru padang bukanlah manusia yang suka berbual kosong namun
kali ini dia tetap mahu berkata-kata dan selalunya dia akan berbuat
begitu jika dia benar-benar yakin dengan ungkapannya. 'Kami yakin layak'
itulah tiga perkataan yang keluar dari mulut yang sebelum ini sentiasa
terkunci rapat ketika di hubungi selepas sessi latihan di Stadium Raja
Muda Kampung Baru petang semalam. Ketinggalan dua jaringan di laman
sendiri Sabtu lalu langsung tidak menjejaskan tumpuan malam ini malah
pemain-pemain beria-ria menantikan saat membalas dendam yang tersimpan.
'Kita tewas akibat dua 'counter attack' dan kedua-duanya
menghasilkan gol biarpun kita menguasai hampir keseluruhan permainan,
kata Hardi bagaikan menyesali nasib yang menimpa minggu lalu. Kita
menguasai separuh padang dengan serangan bertali arus namun kelalaian
pertahanan menghasilkan gol buat skuad yang diperkemaskan dengan
beberapa tonggak Telekom Melaka yang baru sahaja terkeluar dari saingan
Piala Malaysia itu. Tapi itu bukanlah alasan. 'Yang saya kesalkan adalah
beberapa bercubaan saya samada keluar atau sampai ke dakapan penjaga gol'
tambahnya
Saya
harap perkara yang sama tidak akan berlaku malam esok (malam ini).
Ditanya apakah yang jurulatih lakukan selepas kekalahan mengejut kepada
Kuala Lumpur itu. 'Saya tak nampak apa-apa perbezaan cuma bekas pemain
Piala Presiden yang kini mewakili SKMK Khairan Eroza dipanggil. Affendi
Yusoffdan Nik Fauzi sebagai jurulatih memberi penekanan tentang semangat
berpasukan dan semangat melawan kerana kelemahan itulah yang digunakan
oleh pihak lawan yang banyak pengalaman untuk menutup setiap ruang kita.
Barisan kijang hanya dibarisi oleh beberapa pemain berpengalaman seperti
Wan Kamaruzaman Mohamad, Hamdi Ibrahim serta Hardi Ahmad; selebihnya
merupakan pemain dari TNB atau SKMK yang rata-rata masih baru dalam
kancah liga negara. 'Semua pemain amat bersemangat dan sudah bersedia
untuk beraksi dan kami yakin akan mengatasi dua gol yang yang memisahkan
kami setakat ini. Pasukan Kelantan kini menginap di Hotel Kuala Lumpur
International (KLI) sejak pagi semalam. Peminat di sekitar Lembah Klang
dinasihatkan hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan malam ini di
Stadium Cheras jam 8.45 malam bagi memberi sokongan moral buat anak-anak
Kelantan.
|
|
Edisi
Jumaat 06 September 2002
|
|
Anak Dagang
di Rantau Orang |
|
FUTSAL PERTAMA 2002
Hasrat untuk
mempertemukan peminat bolasepak Kelantan di Kuala Lumpur hampir menjadi
kenyataan apabila kami mendapat maklum balas yang cukup baik mengenai
Futsal yang dicadangkan oleh Mat Yusoff SEN di gb kami. Untuk mendapat
reaksi awal yang lebih jelas kami memohon jasa baik rakan-rakan yang
ingin menyertai Futsal ini agar mencari tujuh pemain dan namakan pasukan
anda dan E-MAILKAN KEPADA gomokelate@hotmail.com
dengan tajuk Futsal secepat mungkin. Senarai ini bukanlah senarai rasmi
kerana kami akan mengeluarkan borang rasmi sedikit masa lagi. Kami
dicadangkan agar 4 dari 7 pemain mestilah orang Kelantan. Anda juga
boleh mencadangkan sesuatu mengenai Futsal ini di gb atau e-mail kepada
kami secepat mungkin. Kami cuba mencari penaja utntuk mengurangkan beban
yuran dan jika gagal mendapat penaja kami akan pastikan yuran bagi
penyertaan serendah RM50.00. Setakat ini sudah ada empat pasukan yang
sudah mengesahkan penyertaan dan kita mungkin akan mendapat jumlah
maksima menjelang hari minggu ini. Majulah Sukan Bolasepak untuk
Kelantan.
|
|
egagalan
untuk layak kepusingan seterusnya memang sukar untuk diterima oleh para
peminat Kijang tetapi skuad Kijang perlu mempastikan mereka berupaya
untuk menjulang satu lagi Piala iaitu Piala Emas Raja-raja walaupun
tidak segah Piala Malaysia. Pasukan Kijang musim ini yang dibarisi oleh
hampir 95% anak tempatan dengan 60% pemain muda beraksi pada setiap
perlawanan. Keadaan ini telah mewujudkan satu jurang yang amat ketara di
mana rata-rata pemain muda Kijang lemah dari segi keupyaan mental dan
pengalaman untuk bersaing dengan pasukan lain apalagi dalam saingan yang
amat kompetatif seperti Piala Malaysia. Selain meningkatkan keupayaan
mental dan skill pemain, Sang Kijang harus memilih para pemain simpanan
yang seimbang dengan skuad utama bagi mempastikan jurang yang amat
ketara seperti musim ini tidak berulang lagi. Tahap permainan para
pemain muda Kijang mungkin akan meningkat pada musim depan dengan
pendedahan yang amat menyeluruh pada musim ini. Bagi peminat-peminat
Kijang, barangkali mereka terfikir apakah nasib Kijang akan berubah
sekiranya pemain kelahiran Kijang yang kini bersama pasukan negeri lain
berada dalam satu pasukan? Diposisi serangan, pemain yang paling
menonjol adalah pasangan kembar Kedah iaitu Che Hishamuddin (7 gol) dan
Zainuddin (5 gol) berbanding dengan Wan Rohaimi . Pasukan Kedah juga
memiliki 3 lagi pemain penyerang utama iaitu Akmal Rakli, Rafdi dan Liew
Kit Kong. Che Hishamuddin sentiasa mempamerkan permainan yang konsisten
sewaktu bersama dengan JKR Kelantan ataupun bersama dengan Kedah.
Gandingan penyerang kembar dari Kelantan itulah sebenarnya yang banyak
membantu Kedah melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam Piala
Malaysia serta menjurai perdana 2 setelah kecederaan penyerang utama
Kedah iaitu Akmal dan Rafdi. Pemain penyerang utama Trengganu iaitu Wan
Rohaimi kelihatan tumpul musim ini berbanding dengan musim 2001. Pemain
ini bagaikan sudah kehilangan sengatnya dalam menghidu peluang dengan
kegagalan menyudahkan peluang terbuka serta untuk membantu Trengganu
layak kepusingan seterusnya. Posisi tengah adalah posisi yang paling
bermasalah buat Kijang musim ini , tanpa Kamree dengan lain-lain pemain
silih berganti bermain diposisi enjin tetapi tetap juga gagal menjana
serangan buat Kijang.
Ternyata
Zami yang dipinjamkan dari N.Sembilan memberi impaks yang besar buat
Kijang mengharungi saingan awal Piala Malaysia tetapi skuad Kijang
sebenarnya tidak ketandusan pemain tengah yang lain . Selain
dari Tg.Hazman, Zul Ehsan serta Nafuzi adalah diantara pemain tengah
yang paling memberi kesan buat pasukan masing- masing. Setelah semusim
bersama Kijang, Tg. Hazman telah menunjukkan peningkatan dari segi
permainannya setelah bersama skuad Selangor. Zul Ehsan pula ternyata
kian menyengat bersama skuad P.Pinang berbanding dengan Annuar yang
lebih banyak berada dibangku simpanan . Zul Ehsan memiliki kelebihan
membuat cubaan tepat jarak jauh serta kebijaksanaan menghidu peluang
didepan pintu gol walaupun diawal musim permainannya agak
tengelam. Adalah
amat malang buat Nafuzi ,walaupun mempunyai skill permainan yang baik
serta bentuk fizikal, dia gagal untuk kekal bersama kesebelasan utama
Trengganu dengan lebih berperanan sebagai super-sub. Bagi seorang pemain
muda yang berpotensi, beliau seharusnya menimbang sama ada untuk kekal
bersama Trengganu atau bersama pasukan lain bagi meningkatkan mutu
permainannya seterusnya berada dalam kesebelasan utama. Tuan Rosli
(Melaka)
dan Nik Musanif juga mengalami nasib yang sama , gagal mendapat tempat
akibat permainan yang static walaupun mereka berupaya mempamerkan aksi
yang lebih baik . Di posisi pertahanan, Rosli (Melaka) yang kekal
mempamirkan permainan yang konsisten bersama Melaka serta Roslisham
(K.L).
Ketua pasukan Melaka itu ternyata masih belum kehilangan sentuhannya
walaupun usia kian meningkat dengan mengekalkan permainan yang lasak
dengan pintasan serta asakan yang berupaya menyekat pergerakan lawan.
Setelah bersama dengan K.Lumpur tenyata permainan Roslisham kian
meningkat sama ada beraksi di posisi pertahanan ataupun sebagai
penyerang. Tendangan jarak jauhnya telah dimanafaatkan oleh K.L walaupun
beliau kekurangan skill berbanding dengan Nik Fadly yang terus hanyut
dibangku simpanan . Pemain-pemain muda Kelantan seperti Arman, Perbuana,
Syiham serta Ezrain telah mempamerkan permainan yang baik walaupun
kekurangan pengalaman tetapi masa akan mematangkan mereka dalam
mengharungi kancah saingan bola sepak Malaysia. Musim ini memang serba
tidak menjadi buat Kijang tetapi sekurang- kurangnya kijang kini
memiliki pemain yang bakal menjadi asset pasukan di masa depan.
|
|

|
|
|
|